Kawan
Assalamualaikum w.b.t.
Kawan..
Perkataan yang sememangnya sinonim dalam kehidupan sehari-hari. Siapakah kawan itu? Pada pendapatku, kawan itu bermaksud seseorang yang rapat mahupun tidak begitu rapat dengan kita selain daripada ahli keluarga mahupun guru-guru dan saudara-mara. Wah, seperti ingin membuat karangan sahaja rasanya. Tajuk yang ingin dibincangkan ialah kawan. Di sini ku ingin berkongsi pengalaman berkenaan tajuk di atas. Dalam usia yang masih muda, pelbagai pengalaman yang tentang kawan yang ku tempuhi seorang diri. Kebanyakannya peristiwa duka lara yang banyak mengeluarkan air mata. Sesiapa pun tidak dapat merasai apa yang ku rasai saat itu kerana mereka belum lagi mendapat ujian ‘berkawan’.
Sesungguhnya bertuahlah bagi sesiapa yang mendapat rakan yang baik dalam erti kata yang sebenarnya. Setiap kejadian pasti terselit hikmahnya. Disebabkan oleh pengalaman dahulu ketika masih menuntut di sekolah rendah, menyebabkan ku menjadi seorang yang lebih matang apabila menjangkau ke sekolah menengah. Walaupun ku berkawan dengan semua orang, ku masih mengambil sikap berjaga-jaga dalam hal ini terutamanya dengan rakan yang lebih rapat. Ku tidak ingin kesilapan peristiwa silam kembali berulang. Daripada seorang pendiam, ku menjadi seorang yang peramah. Daripada seorang yang tidak berani mencuba, ku menjadi seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru dalam hidup dan berani. Tidak lagi menjadi seperti seorang hamba yang diarah sesuka hati, yang selalu dipinggirkan, dan diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja. Pengalaman yang lalu membuatkan kita berdepan dengan masa yang bakal kunjung tiba.
Nasihat Ustazah Ilani masih terngiang-ngiang di benak fikiranku. ” Sebaik-baiknya kita menganggap semua orang yang berkawan dengan kita itu ialah kawan biasa sahaja. Kerana jika kita menganggap mereka itu kawan baik, kita akan berasa cemburu apabila melihat dia berkawan rapat dengan orang lain,”
Ku hanya mengangguk kepala sambil tersenyum tanda ku menerima nasihat itu. Berdasarkan pengalaman dan perwatakanku yang tersendiri ditambah pula ku ini merupakan seorang penolong ketua kelas, sebahagian daripada rakan-rakanku akan merujuk masalah-masalah mereka kepadaku. Ku cuba menolong mereka dengan sedaya upaya. Jika ku tidak pasti apa yang harus dilakukan kami akan merujuk kepada yang lebih pakar. Sememangnya ku berasa sangat berbesar hati jika seseorang datang kepadaku untuk meminta pendapatku kerana ku amat suka memotivasikan orang lain.
Namun ku juga mempunyai kelemahan diri sendiri, itu ku akui itu. Kalian pasti pernah mendengar sesuatu hadis mengenai kawan yang mengatakan bahawa jika kita berkawan dengan orang yang baik seolah-olah kita berkawan dengan penjual minyak wangi dan jika kita berkawan dengan orang yang sebaliknya seolah-olah kita berkawan dengan tukang besi. Di sini maksudnya, berkawan dengan penjual minyak wangi, wangian aromanya akan terkena tempiasnya kepada kita membuatkan kita juga akan berbau wangi. Berkawan dengan tukang besi pula menyebabkan kita akan terkena tempias percikan tahi besi itu.
Ramai yang inginkan rakan yang sempurna sifatnya tetapi ketahuilah bahawa tiada seseorang pun di dunia ini yang sempurna pada zaman ini.
WAllahu’alam.
P/s: Sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman denganku bolehlah menghantarkan email ke jannatul_hannah@yahoo.com
Oktober 31, 2007 pada 8:45 pm
Kawan.. emm menarik sebenarnya bila berbincang mengenai kawan nie..
Kawan sejati.. bagaimana agaknya ya?
Zaman sekarang berkawan menjadi satu hal yang lebih menarik.. Mana taknya.. kita boleh berkawan tanpa mengenal si dia. Tak pernah bertatap muka.. Berkawan melalui alam maya.. ya seperti kita
April 1, 2008 pada 9:12 pm
Berkawan biar beribu, bermusuh jgn sekali.
Nak share satu panduan dlm bersahabat: niat kita. Niat berkawan biarlah dilandaskan semata-mata kerana Allah swt., bukanlah kerana hendak mendapat nama atau tempat dalam hati sahabat itu.Berkawan hendaklah ikhlas kerana-Nya. Dgn niat itu, kita akan berkawan atas satu ‘roh’ yg yg abadi dan suci,insya Allah.
Wallahua’lam.