Iyha’ Ramadhan
Assalamualaikum w.b.t.
9 Oktober 2007
Hari ini di sekolah diadakan aktiviti Iyha’ Ramadhan. Maknanya hari ini tiada sesi pembelajaran. Pada waktu pagi setelah berakhirnya perhimpunan harian, kami dikehendaki pergi ke surau sekolah yang dipanggil Musolla an-Naim. Kami solat sunat taubat, hajat, dan dhuha secara berjemaah. Kemudian diadakan sesi ceramah daripada penceramah jemputan, Dr. Basri bin Ibrahim. Ku berasa amat terhibur mendengar beliau memberikan ceramah. Ku dan rakan-rakanku yang lain mencatat serba ringkas apa yang diceramahkan oleh beliau sambil mendengar dengan tekun.
Pokok tajuk ceramah itu adalah ” Ramadhan Membentuk Akhlak Pelajar Yang beriman”. Akhlak ini merangkuni pelbagai aspek dan kata-kata beliau yang masih terngiang-ngiang di dalam kepalaku ialah ” Pelajar yang cerdik, pandai, jika dia tiada akhlak yang mulia itu tiada gunanya. Tetapi jika seorang pelajar itu tidak begitu cerdik, dan dia mempunyai akhlak peribadi yang sangat mulia, Insya-Allah dia akan berjaya”. Benar kata-kata beliau itu.
Setelah sesi ceramah itu berakhir, diadakan sesi tayangan pula. Ada tayangan tentang black metal, dadah, rokok, dan sebagainya. Ada juga menunjukkan seorang umat Islam yang disembelih tanpa belas oleh orang Yahudi. Sebahagian pelajar tidak berani melihat dan memandang ke arah lain apabila melihat darah bercucuran keluar di leher orang yang disembelih. Selepas disembelih, kepala itu dibuang di tepi pantai. Perasaanku ketika itu tentulah sama dengan sesiapa yang menonton tayangan itu, geram akan umat Islam yang diperlakukan seperti binatang!
Tayangan tentang sejadah sedang berzikir juga da ditunjukkan. Entah benar, entahkan tidak. Cuba anda perhatikan di bawah ini,<a href=”“>
Sebahagian daripada kami ada yang menangis melihat video yang ditayangkan.
Wallahu’alam.