Semoga Selamat Menuju Ke Sana..
Assalamualaikum w.b.t.
Pagi ini, sedang ku leka bermain dengan adik kecilku yang bongsu, kedengaran bunyi telefon rumah berdering. Ummi mengangkat telefon dari ruang tamu sana kemudian bergegas berlari menuju ke bilik beliau di mana ku dan adik kecilku berada di situ.
” Tuk Ngah dah tak ada,” kata ummi perlahan. Ku masih belum dapat menangkap apa yang dicakapkan oleh ummi. Ku bertanya Tuk Ngah yang mana?
” Tuk Ngah yang mengajar Kak Han dan adik-adik mengajilah!” jawabnya sambil bersiap untuk pergi menziarahi rumah si mati. Innalilla hiwainnalillah hiroji’un.. Sudah lama ku tidak berjumpa dengan Tuk Ngah semenjak beliau sakit tua. Anaknya, Ayah Su yang biasanya menjadi tuk guru kami untuk mengaji jika Tuk Ngah sakit. Tidak sangka hari ini ajalnya telah tiba.
Sedekahkan Al-Fatihah untuk si mati..
Oktober 7, 2007 pada 4:50 am
Semoga jasa baik dia dibalas Allah SWT…
Sebagai anak murid kene selalu doakan dia…
Selalulah amalkan ilmu-ilmu yang telah dia ajarkan.. itu akan menjadi sedekah yang selamanya tidak akan terputus…
Oktober 7, 2007 pada 9:13 am
salam fatimah hanah,
salam takziah daripada kaksu… Al-Fatihah
terima kasih kerana sudi kunjungi ‘makmal’ kaksu