Cinta Madinah
<img src=”
” alt=”CINTA MADINAH” />
Cinta Madinah
Sinopsis~
Kerana cinta, insan bertemu. Dan kerana cinta jugalah
insan berpisah. Cinta memang selalu menemukan
dan selalu jugalah memisahkan.
Safuan berlepas ke Asia Barat membawa doa ibu tunggalnya
menggunung harap yang tak pernah luntur. Kehilangan
memang selalu membawa hikmah. Dan kerana kehilanganlah Safuan mengenal cinta. Cinta terlarang!
Di tanah Arab yang gersang, pohon padi, ulam-ulaman,
bungaan melur dan kenanga meliang-liuk subur; dengan syair,
sajak, pantun kumandang, menggetarkan jiwa seni. Alangkah!
Di negeri orang!
Demikianlah prinsip Syeikh Hasyim
yang telah membina empayar
kehormatan dan kekayaan di tanah
asing. Cintanya bertugu di Madinah,
tetapi jati diri tidak pernah runtuh
oleh perkasa tugu cintanya.
Cinta Madinah, cinta dendam
memanjang.