Assalamualaikum w.b.t.

2 OKTOBER 2007

Wah, gembiranya ku hari ini kerana dapat pergi ke Perpustakaan Desa bersama dengan Amirah dan Shuhada selepas pulang dari sekolah. Kami bertiga hanya pergi ke sana dengan berjalan kaki sahaja kerana perpustakaan tersebut berada tidak begitu jauh dari sekolah kami. Aku dan Shuhada ingin membuat kad ahli kerana ini merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana berlainan dengan Amirah yang sememangnya sudah lama menjadi ahli.

Syarat-syarat untuk membuat kad ahli ialah hendaklah membawa salinan fotostat kad pengenalan dan 3 keping gambar pasport. Semalam, ku yakin bahawa sememangnya ku meletakkan kepingan gambar pasportku di dalam beg. Namun hari ini apabila ku ingin mengambilnya dari dalam beg sekolahku, salah satu daripada gambar pasportku hilang. Ku begitu cemas ketika itu, habis satu beg ku keluarkan isi di dalamnya namun tidak juga ku ketemukan.

Mungkin gambarku itu tercicir di bilik sewaktu ku ingin meletakkannya di dalam beg, hatiku bermonolog sendiri. Shuhada mula menarik muka empat belas kerana bimbang ku tidak dapat pergi bersamanya dan Amirah ke sana. Disebabkan tidak sampai hati untuk memungkiri janji, ku membuat keputusan untuk pergi bersama mereka. Shuhada gembira bukan main kepalang. Yalah, mungkin lain hari ku boleh membuat kad ahli.

Cuaca yang panas langsung tidak menjadi penghalang di bulan puasa yang mulia ini. Tiba di destinasi, mataku meliar memandang perpustakaan itu dari jauh. Kelihatan seperti sebuah tadika pada jarak jauh, Shuhada juga bersetuju denganku. Masuk sahaja ke dalam perpustakaan tersebut, Amirah menemani Shuhada untuk membuat kad ahlinya. Ku pada ketika itu memerhati buku-buku yang ada di situ. Perpustakaan itu hanyalah sebesar sebuah tadika, dan terdapat sebuah PC yang dilengkapi dengan internet di tepi sudut pintu masuk.

Amirah meminjamkanku kad ahlinya untuk meminjam buku. Ku gembira bukan kepalang lagi. Ku pantas mencari novel-novel yang dirasakan bermanfaat untuk dibaca. Mataku kemudiannya tertangkap kepada sebuah novel yang bagiku nipis helaian muka suratnya. Ku mengeluarkannya dari rak buku lalu membaca tajuk buku itu. ” Cinta Madinah”. Wau, jika tidak silap novel ini pernah dijadikan drama yang bersiaran di tv1 dahulu. Ku membaca sinopsisnya dan membelek-belek sekali imbas isi di dalamnya. Wah, bagus sekali. Di atas novel itu tertulis bahawa novel itu adalah pemenang hadiah sastera bagi novel remaja terbaik. Penulisnya ialah
Abu Hassan Morad.

Satu kad boleh dipinjam dua buah buku. Sebuah lagi novel yang menjadi santapanku ialah ” Nyanyian Tanjung Sepi” hasil penulisan Noor Suraya. Shuhada juga turut meminjam dua buah novel. Kami ini sememangnya tidak dapat berenggang dengan novel! Tetapi ku juga suka membaca novel-novel thriller seprti karya Ramlee Awang Murshid dan juga novel Harry Potter, itu semestinya. Ku dan Shuhada juga selalu berulang-alik dari perpustakaan sekolah kami untuk meminjam buku cerita mahupun buku rujukan atau buku yang berkisarkan agama.

Yang pastinya, ku tidak sabar-sabar untuk menghabiskan kedua-dua buah novel yang dipinjam!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.