Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada
Tanggungjawab. Semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Ku juga tidak terkecuali. Kadang kala tanggungjawab itu terhasil daripada kepercayaan orang sekeliling kepada kita, sekali gus mendesak untuk menerima ‘amanah’.
Bagiku, sejak akhir-akhir ini ku merasakan hidupku tidak begitu teratur. Terlampau banyak perkara yang perlu dilakukan dalam satu hari seakan-akan tidak terjangkau olehku.
“Saya lihat langsung tiada perubahan yang dilakukan di dalam kelas kita” ujar ketua kelasku ketika Perjumpaan AJK diadakan pada setiap hari Rabu dalam kelas, usai dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Aku cuma mengganggukkan kepalaku. Memang benar apa yang diutarakannya tadi. Pada Perjumpaan AJK yang lepas-lepas, pelbagai cadangan diberi seperti ingin menampalkan kata-kata hikmah di dinding hadapan, ingin melekatkan kertas berwarna di pintu kelas, ingin mengumpul setempat kertas-kertas mahjung yang bersepah di belakang kelas di dalam sebuah kotak dan pelbagai idea bernas lagi. Namun hanyalah omongan kosong sahaja. Hanya pandai memberi cadangan tetapi tidak pandai pula untuk melaksanakannya.
Sepertinya ketua kelasku itu terdesak ingin menamatkan perjumpaan itu dengan segera kerana langsung dia menyentuh hal lawatan kelas kami ke rumah anak yatim yang dicadangkan oleh Encik Zulkifli Awang, guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kelas kami.
Nisa’, setiausaha kelas kami sedang membincangkan sesuatu dengan Najmi dan Shahida, AJK Mata Pelajaran. Mungkin sedang membincangkan perihal kertas kerja yang perlu dibuat sempena lawatan ini dan dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum. Nampaknya hanya ku dan Shakilah, AJK Keceriaan yang memberi tumpuan apa yang keluar daripada bibir ketua kelas kerana hari itu amat sedikit AJK yang menghadiri perjumpaan. Salihah, AJK Buku Kawalan Kelas merangkap rakan sejawatku(sebelah) terpaksa tidak hadir atas sebab-sebab tertentu di asrama. Najah, bendahari kelas kami sering tidak hadir kerana dia pulang awal dengan menaiki van sekolah. Majoriti murid perempuan yang menjadi AJK. Murid lelaki hanyalah seorang dua tetapi semuanya sering tidak hadir.
“Saya ingin senarai nama fasilitator muslimat di rumah anak yatim nanti” arahnya padaku. Aku menganggukkan kepalaku lagi, seakan-akan tidak mempunyai suara untuk menjawab. “Jika tiada apa-apa lagi, kita akhiri majlis kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr. Usai menutup majlis, ketua kelasku atau namanya, Ikram menggalas beg lalu keluar dari kelas.
Ku memicit kepalaku. Mindaku sedang bercelaru. Terlampau banyak yang perlu diuruskan. Kerja sekolah menggunung, ujian pertengahan tahun tidak lama lagi, senarai nama fasilitator, aktiviti yang akan dilakukan di sana, perbentangan Bahasa Melayu Komsas minggu ini pada hari Khamis, diasak lagi dengan keceriaan kelas dan kawalan terhadap anak-anak buah.
Ku terfikir, jika usia sepertiku diasak dengan pelbagai tanggungjawab, bagaimana pula orang-orang besar seperti Menteri Besar, Perdana Menteri atau Sultan yang mentadbir negara?? Sudah tentu lebih sibuk dariku. Tapi cuba renungi:
“ALLAh tidak akan menguji Hambanya diluar batas Kemampuannnya”
Ujian sebegini sahaj tidak perlu mengeluh sebaiknya cuba semampu yang mungkin. Doakan moga ku sentiasa berusaha da tidak mudah berputus asa. Amin. =)



